Monday, 17 November 2025

Jabatan Kerja Raya Melaka Tengah JDMT(B)28/2025
Sebut Harga Siar

PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK DAN SEMBURAN NYAMUK DI BANGUNAN KOMPLEKS SERI NEGERI, AYER KEROH, MELAKA TAHUN 2026

Keterangan
1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor / Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat serta Sijil Taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia yang sah dengan Kementerian Kewangan dibawah Kod Bidang 220901 (Perlu Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak Dari Jabatan Pertanian) serta yang dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga dibenarkan menyertai sebutharga ini. (Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar di dalam NEGERI MELAKA sahaja).

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada 12 NOVEMBER 2025 (RABU) Jam 10.00 pagi. Taklimat akan hanya diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di (DEWAN AR RAHMAN JKR MELAKA TENGAH) pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Hanya penama di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat serta Sijil Taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia yang sah sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini dengan mengikuti langkah S.O.P yang telah di tetapkan.

3. Kontraktor diminta untuk mengemukakan 1 (SATU) salinan sijil Pematuhan Cukai ‘TAX COMPLIANCE CERTIFICATE’ (TCC) Dan sijil Kementerian Kewangan Malaysia sewaktu lawatan tapak.

4. Permohonan dokumen Sebut harga adalah secara Atas Talian (Online). Segala Urusan Tawaran, Pembelian dan keterangan lanjut HANYA boleh dimuat turun dari SISTEM TENDER ONLINE MELAKA (STOM) yang boleh dicapai melalui alamat http://stom.melaka.gov.my .

5. Pihak syarikat perlu melengkapkan akaun serta langganan di SISTEM TENDER ONLINE MELAKA (STOM) dengan caj langganan RM 50.00 setahun dan seterusnya membuat pembelian dokumen sebut harga secara atas talian dengan harga RM 20.00 bermula pada 13 NOVEMBER 2025 (KHAMIS) sehingga 19 NOVEMBER 2025 (RABU). Dokumen Sebut Harga hendaklah dimuat turun, dicetak dan diisi selengkapnya.

6. Dokumen tawaran sebut harga mestilah dikemukakan dalam sampul surat bermeteri dan di alamatkan kepada JURUTERA DAERAH JKR MELAKA TENGAH dan dimasukan ke dalam peti Sebut Harga di Pejabat Unit Ukur Bahan, JKR Melaka Tengah, Melaka selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari, pada hari RABU, 19 NOVEMBER 2025.
  • Harga Dokumen

    MYR 20

  • Alamat Penghantaran

    Peti Sebut Harga di Pejabat Unit Ukur Bahan, JKR Melaka Tengah, Melaka

  • Nama PIC

    UKUR BAHAN JKRMT

  • Penyelia Projek

    IR.MAHALIL BIN MOHTAR

  • Telefon

    062854705

  • Tarikh & Masa Penghantaran

    19/11/2025 12:00

  • Tarikh dan Masa Iklan

    04/11/2025 11:00

  • Tarikh & Masa Jual

    13/11/2025 09:00

  • Tarikh & Masa Tutup

    19/11/2025 11:30

# Jenis Tarikh & Masa Keterangan Diwajibkan
1 Briefing 12/11/2025 09:30 LAWATAN TAPAK JDMT(B)28/2025
DEWAN AR RAHMAN JKR MELAKA TENGAH

Pendaftaran Sijil MOF di Negeri/ Daerah


Negeri/ Daerah
MELAKA
Ministry of Finance (MOF)
220901 Pengawalan Dan Pengawasan \ Kawalan Serangga Perosak, Anti Termite (Perlu Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak dari Jabatan Pertanian)
DAN
Ministry of Finance (MOF) - Bumiputera
# Nama Jenis Saiz  
1 IKLAN JDMT(B)28/2025 Paparan Awam Sahaja 43682