Wednesday, 28 May 2025

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya MPHTJ/S06/JZ/2025
Sebut Harga Siar

CADANGAN PERKHIDMATAN PEMANGKASAN DAN PENEBANGAN POKOK AMENITI DI DALAM KAWASAN ZOO MELAKA, MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA

Keterangan
1. Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera yang dibenarkan memasuki sebutharga ini bagi membekal perkhidmatan pemangkasan dan penebangan pokok ameniti di dalam kawasan Zoo Melaka, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

2. Naskah-naskah tawaran sebut harga serta keterangan lanjut HANYA boleh dimuat turun dari Sistem Tender Online Melaka (STOM) yang boleh dicapai melalui alamat http://stom.melaka.gov.my

3. Pihak syarikat perlu melengkapkan pendaftaran akaun serta langganan di Sistem Tender Online Melaka (STOM) dengan caj langganan sebanyak RM50.00 setahun dan membuat pembelian dokumen sebut harga secara atas talian dengan harga RM50.00 bermula pada 23 Mei 2025 (Jumaat) sehingga 30 Mei 2025 (Jumaat).

4. Semua tawaran mestilah dikemukakan dalam sampul surat bermeteri dan dialamatkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (berhampiran kaunter khidmat pelanggan) selewat-lewatnya pada hari Jumaat bersamaan 30 Mei 2025 sebelum atau pada jam 12 tengah hari.

5. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana Sebutharga.
  • Harga Dokumen

    MYR 50.00

  • Alamat Penghantaran

    MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
    SF-01, ARAS 2,
    KOMPLEKS MELAKA MALL,
    JALAN TUN RAZAK-LEBUH AYER KEROH,
    HANG TUAH JAYA 75450
    AYER KEROH, MELAKA

  • Nama PIC

    SERI NORSYAFINAZ BINTI RAHMAD

  • Telefon

    0136667404 (WHATSAPP SAHAJA)

  • Tarikh & Masa Penghantaran

    30/05/2025 12:00

  • Tarikh dan Masa Iklan

    19/05/2025 13:30

  • Tarikh & Masa Jual

    23/05/2025 15:00

  • Tarikh & Masa Tutup

    30/05/2025 12:00

# Jenis Tarikh & Masa Keterangan Diwajibkan
1 Briefing 23/05/2025 10:00 LAWATAN TAPAK
PERKARANGAN PEJABAT PENGURUSAN ZOO MELAKA
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka
Ministry of Finance (MOF) - Bumiputera
DAN
Ministry of Finance (MOF)
221002 Khidmat Kebersihan Dan Rawatan \ Membersih Kawasan
DAN
Ministry of Finance (MOF)
221402 Pengindahan \ Hiasan Jalan/Kawasan (tidak termasuk pelanskapan dan seni taman)
# Nama Jenis Saiz  
1 IKLAN SEBUTHARGA Paparan Awam Sahaja 1951051