Wednesday, 16 July 2025

Jabatan Kerja Raya Melaka JKRM/DS/B/06/2025
Sebut Harga Siar

MENAIKTARAF KEMUDAHAN PELANCONGAN DI BALAI KETIBAAN DAN PELEPASAN PENGUNJUNG FERI DAN CRUISE DI TERMINAL JETI ICQS, KOTA LAKSAMANA, MELAKA

Keterangan
1.Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor(PPK), serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred:G1, Kategori: C, Pengkhususan: CE 21.
(Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar di dalam DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA dan Sistem Tender Online Melaka (STOM) sahaja).

2.Kontraktor DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak pada 7 Mei 2025 (Rabu). Taklimat akan hanya diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di TERMINAL JETI ICQS, KOTA LAKSAMANA, MELAKA pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya PENAMA didalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), SPKK,STB, PUKONSA atau UPKJ sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini.

3.Permohonan dokumen Sebutharga adalah secara Atas Talian (Online). Segala Urusan Tawaran, Pembelian dan keterangan lanjut HANYA boleh dimuat turun dari SISTEM TENDER ONLINE MELAKA (STOM) yang boleh dicapai melalui alamat http://stom.melaka.gov.my

4.Pihak syarikat perlu melengkapkan akaun serta langganan di SISTEM TENDER ONLINE MELAKA (STOM) dengan caj langganan RM50.00 setahun dan seterusnya membuat pembelian dokumen sebut harga secara atas talian dengan harga RM20.00 bermula pada 7 Mei 2025 (Rabu) sehingga 13 Mei 2025 (Selasa). Dokumen Sebutharga hendaklah dimuat turun, dicetak dan disi selengkapnya.

5.Dokumen tawaran sebutharga mestilah dikemukakan dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada Bahagian Ukur Bahan, JKR Melaka dan dimasukan ke dalam peti Sebutharga di Pejabat Bahagian Ukur Bahan, JKR Melaka selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari, pada hari Selasa, 13 Mei 2025.
  • Harga Dokumen

    MYR 20

  • Alamat Penghantaran

    Pejabat Bahagian Ukur Bahan, JKR Melaka

  • Nama PIC

    NOORFARHANIM BT SHUKRY / HAJAR BT ISHAK

  • Telefon

    06-2854600

  • Tarikh & Masa Penghantaran

    13/05/2025 12:00

  • Tarikh dan Masa Iklan

    30/04/2025 12:00

  • Tarikh & Masa Jual

    07/05/2025 12:00

  • Tarikh & Masa Tutup

    13/05/2025 12:00

# Jenis Tarikh & Masa Keterangan Diwajibkan
1 Briefing 07/05/2025 09:30 TAKLIMAT
TERMINAL JETI ICQS, KOTA LAKSAMANA, MELAKA
2 Site Visit 07/05/2025 10:00 LAWATAN TAPAK
TERMINAL JETI ICQS, KOTA LAKSAMANA, MELAKA
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Taraf Bumiputera PKK
DAN
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
DAN
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Perakuan Pendaftaran
G1 Tidak melebihi RM200,000.00
MELAKA - MELAKA TENGAH
DAN
CIDB - Civil Engineering
CE21 Pembinaan kejuruteraan awam
# Nama Jenis Saiz  
1 NOTIS IKLAN Paparan Awam Sahaja 397752