Thursday, 01 October 2026

Perbadanan Melaka (MCorp) MCORP/SH/42-2026
Sebut Harga Siar

SEBUTHARGA BAGI KERJA-KERJA MEMBINA BAHARU BALAI NELAYAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI PENGKALAN NELAYAN SEMPANG DAERAH JASIN, MELAKA.

Keterangan
Kontraktor Tempatan Gred G2 yang berpengalaman serta berkeupayaan dengan pendaftaran di dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk tawaran sebutharga kerja.

2. Kerja-Kerja sebutharga ini adalah terbuka kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) seperti yang dinyatakan di dalam jadual.

3. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan dicatat oleh Pegawai Perbadanan Melaka di tapak / premis berkenaan. HANYA PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran yang berkaitan sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebutharga. Kontraktor / Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran berkaitan.

4. Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC) adalah diwajibkan kepada Kontraktor / Syarikat. Sijil Pematuhan adalah menjadi dokumen wajib dan perlu dikemukakan bersama tawaran sebutharga.
  • Harga Dokumen

    MYR 30.00

  • Alamat Penghantaran

    Perbadanan Melaka
    Aras 4, Menara MITC,
    Jalan Konvensyen,
    Kompleks MITC, Melaka.

  • Nama PIC

    NORAZREEN BINTI KASIM

  • Telefon

    06-2324433 ext 5244

  • Tarikh & Masa Penghantaran

    19/10/2026 12:00

  • Tarikh dan Masa Iklan

    29/09/2026 12:00

  • Tarikh & Masa Jual

    07/10/2026 12:00

  • Tarikh & Masa Tutup

    13/10/2026 23:59

# Jenis Tarikh & Masa Keterangan Diwajibkan
1 Site Visit 06/10/2026 11:30 MCORP/SH/42-2026
Berkumpul di Asam Pedas Kak Nor Sempang
Koordinat; 2.1338065542646727, 102.40419839764517
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Perakuan Pendaftaran
G2 Tidak melebihi RM500,000.00
MELAKA
DAN
CIDB - Building
B04 Kerja-kerja pembinaan bangunan
DAN
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Taraf Bumiputera PKK
DAN
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
DAN
Lembaga Hasil Dalam Negeri - TCC
# Nama Jenis Saiz  
1 KENYATAAN TAWARAN Paparan Awam Sahaja 156650
2 KENYATAAN TAWARAN Ralat (Paparan Awam Sahaja) 156650