Thursday, 23 July 2026

Jabatan Kerja Raya Melaka JKRM/DS/B/07/2026
Sebut Harga Siar

PROJEK MENAIKTARAF DAN BAIK PULIH LAPANG SASAR MENEMBAK MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA AYER KEROH MELAKA

Keterangan
1.Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G2, Kategori B, Pengkhususan B6 dan B24 serta memiliki Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang masih sah.

(Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar di dalam NEGERI MELAKA sahaja)

2.Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan tawatan tapak pada 21 Julai 2026 (Selasa) jam 10.00 pagi di Lapang Sasar Menembak MSN Ayer Keroh beralamat Jalan Tasik, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Google maps location : https://maps.app.goo.gl/f2a9MqKz6NfsrjAM6). Hanya penama dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), (SPKK) sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak.

3.Permohonan dokumen Sebut harga adalah secara Atas Talian (Online). Segala Urusan Tawaran, Pembelian dan keterangan lanjut HANYA boleh dimuat turun dari SISTEM TENDER ONLINE MELAKA (STOM) yang boleh dicapai melalui alamat http://stom.melaka.gov.my

4.Pihak syarikat perlu melengkapkan akaun serta langganan di SISTEM TENDER ONLINE MELAKA (STOM) dengan caj langganan RM 50.00 setahun dan seterusnya membuat pembelian dokumen sebut harga secara atas talian dengan harga RM 20.00 bermula pada 22 Julai 2026 (Rabu) sehingga 28 Julai 2026 (Selasa). Dokumen Sebut Harga hendaklah dimuat turun, dicetak dan disi selengkapnya.

5.Dokumen tawaran sebut harga mestilah dikemukakan dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada Bahagian Ukur Bahan, JKR Melaka dan dimasukan ke dalam peti Sebut Harga di Pejabat Bahagian Ukur Bahan, JKR Melaka selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari, pada hari Selasa, 28 Julai 2026.
  • Harga Dokumen

    MYR 20

  • Alamat Penghantaran

    Pejabat Bahagian Ukur Bahan, JKR Melaka

  • Nama PIC

    NOORFARHANIM BT SHUKRY / SYAKILA BINTI RAMLI

  • Telefon

    06-2854600

  • Tarikh & Masa Penghantaran

    28/07/2026 12:00

  • Tarikh dan Masa Iklan

    16/07/2026 15:30

  • Tarikh & Masa Jual

    22/07/2026 12:00

  • Tarikh & Masa Tutup

    28/07/2026 12:00

# Jenis Tarikh & Masa Keterangan Diwajibkan
1 Briefing 21/07/2026 10:00 TAKLIMAT
Lapang Sasar Menembak MSN Ayer Keroh
2 Site Visit 21/07/2026 10:00 LAWATAN TAPAK
Lapang Sasar Menembak MSN Ayer Keroh
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Taraf Bumiputera PKK
DAN
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
DAN
Lembaga Hasil Dalam Negeri - TCC
DAN
Construction Industry Development Board (CIDB) - Sijil Perakuan Pendaftaran
G2 Tidak melebihi RM500,000.00
MELAKA
DAN
CIDB - Building
B24 Kerja penyenggaraan bangunan
DAN
CIDB - Building
B06 Kerja pembaikan struktur konkrit
# Nama Jenis Saiz  
1 NOTIS IKLAN Paparan Awam Sahaja 441532