Saturday, 27 April 2024

Yuran Langganan Tahunan
06 Aug 2019 • Pengumuman

Penguatkuasaan Caj Langganan Tahunan berjumlah RM50.00 setahun mulai 1 September 2019

Mulai 1 September 2019, kesemua syarikat yang ingin membuat pembelian dokumen sebut harga/ tender melalui STOM akan dikenakan caj langganan berjumlah RM50.00 setahun. Syarikat tidak boleh membeli mana-mana dokumen tender/ sebut harga secara atas talian tanpa membuat langganan atau langganan telah luput. Pembayaran hanya boleh dibuat secara atas talian iaitu melalui Gerbang Pembayaran Bersepadu Negeri Melaka (E-Bayar) dan hanya sah untuk tempoh setahun dari tarikh kelulusan. Langganan perlu diperbaharui setiap tahun dengan kadar yang sama, RM50.00.