PEMBATALAN IKLAN SEBUTHARGA BIL 11/2026 KERJA-KERJA MENAIK TARAF GELANGGANG GASING SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG PENGKALAN RENGGAM, DUN AYER MOLEK
20 May 2026 • Pengumuman
PEMBATALAN SEBUTHARGA BIL 11/2026 KERJA-KERJA MENAIK TARAF GELANGGANG GASING SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG PENGKALAN RENGGAM, DUN AYER MOLEK ADALAH DIBATALKAN
1. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah selaku Agensi Pelaksana bagi projek tersebut di atas, ingin MEMBATALKAN pelawaan Sebut Harga yang telah diiklankan bermula pada 15 Mei 2026 (Jumaat). 2. Pembatalan ini dibuat berikutan terdapat keperluan semakan semula dan pelarasan teknikal pada Dokumen Sebut Harga serta Spesifikasi Reka Bentuk bersama pihak perunding, bagi memastikan pelaksanaan projek mematuhi standard dan skop semasa yang ditetapkan. 3. Sehubungan dengan itu, pelawaan Sebut Harga bagi nombor rujukan di atas adalah DIBATALKAN SERTA-MERTA. Sesi lawatan tapak atau penutupan peti sebut harga yang dijadualkan sebelum ini adalah tidak terpakai. 4. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah akan mengiklankan semula Sebut Harga baharu bagi projek ini dalam masa terdekat sebaik sahaja keseluruhan dokumen perolehan dimuktamadkan sepenuhnya. 5. Sebarang kesulitan yang timbul rantaian daripada proses pembatalan ini amatlah dikesali. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan sepanjang proses ini amatlah dihargai.Tarikh penawaran semula bagi kerja tersebut akan dimaklumkan kelak.Segala kesulitan amatlah dikesali Sekian, terima kasih.