Tuesday, 30 June 2026

PELAKSANAAN CABUTAN UNDI BIL.1/2026
25 Jun 2026 • Pengumuman

Tarikh : 2 Julai 2026 (Khamis) Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi (Pendaftaran) 10.15 pagi (Cabutan Undi) Lokasi : Pentas Utama Aras G, Kompleks Melaka Mall Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN CABUTAN UNDI Kontraktor-kontraktor yang berminat perlu memenuhi serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :- 1. Kontraktor Gred G1 dan berdaftar dengan CIDB di bawah kategori CE, (Pengkhususan CE01 (pembinaan jalan dan pavement) dan CE21 (kerja-kerja am kejuruteraan awam) dan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera yang sah. 2. Kontraktor hendaklah berdaftar dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Hanya beralamat dalam Kawasan Dun Bukit Katil, Dun Ayer Keroh, Dun Kesidang, Dun Durian Tunggal dan Dun Bemban sahaja. 3. Tempoh sah laku sijil-sijil atau dokumen pendaftaran hendaklah sah semasa tarikh undian. 4. Hanya pemilik lesen yang sah sahaja dibenarkan untuk menyertai sesi cabutan undi. 5. Tidak disenarai hitam atau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak CIDB atau Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. 6. Kontraktor berjaya akan dihubungi selepas proses pengundian selesai dijalankan. 7. Kebenaran Khas tidak dibenarkan bagi pelaksaan Cabutan Undi Bil 1/2026. 8. Mematuhi syarat Sijil Pematuhan Cukai (TCC) iaitu masih berkuatkuasa dalam status “Patuh”