Tuesday, 22 September 2026

NOTIS KERJA-KERJA UNDI BAGI JPS DAERAH MELAKA TENGAH BIL. 01/2026 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI MELAKA
21 Sep 2026 • Pengumuman

SILA RUJUK FACEBOOK JPS MELAKA UNTUK QR CODE PENDAFTARAN KONTRAKTOR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE).

NOTIS KERJA-KERJA UNDI BAGI JPS DAERAH MELAKA TENGAH BIL.1/2026 1. Tawaran Kerja Undi adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor GRED G1 (Syarikat Kontraktor Bumiputera yang beralamat di dalam DAERAH MELAKA TENGAH sahaja) yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred: G1, Kategori CE, Pengkhususan: CE21 serta Sijil Pematuhan Cukai (TCC) Lembaga Hasil Dalam Negeri yang beralamat di NEGERI MELAKA SAHAJA. *Sebarang urusan pengecualian dan kebenaran khas daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN. *Syarikat yang telah/sedang mempunyai kerja pada tahun semasa dengan JPS Melaka adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai tawaran ini. *Sekiranya tempoh sah laku kurang daripada dua (2) bulan, surat permohonan pembaharuan kepada CIDB hendaklah disertakan. *Pendaftaran akan ditolak serta merta sekiranya pendaftaran yang dibuat secara atas talian (online) adalah berganda (melebihi 1 pendaftaran). 2. Kontraktor yang ingin menyertai kerja undi DIWAJIBKAN untuk membuat PENDAFTARAN KONTRAKTOR SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE). Hanya kontraktor-kontraktor yang berdaftar secara atas talian sahaja layak mengambil bahagian dalam kerja undi ini. Kontraktor yang berminat dan layak memasuki kerja undi adalah dikehendaki mendaftar melalui pautan GOOGLE FORM seperti yang disediakan bermula pada tarikh 23 September 2026 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi hingga 24 September 2026 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Kontraktor hanya perlu melengkapkan maklumat secara atas talian dan tidak perlu hadir ke Pejabat JPS. 3. Sesi Cabutan Kerja Undi akan diadakan pada tarikh 30 September 2026 (Rabu) jam 3.30 petang. Sesi pendaftaran adalah dibuka pada jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang sahaja. Sebarang alasan kelewatan oleh pihak syarikat selepas jam 3.00 petang adalah tidak dilayan. Hanya pemilik lesen yang sah sahaja dibenarkan untuk menyertai sesi cabutan undi dan syarikat tidak disenarai hitam atau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak CIDB. 4. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami En. Muhammad Akmal bin Rozman (06-333 3333 samb 5229) dan Pn. Siti Mirza binti Md Rasad (06-333 3333 samb 5231). LINK PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) : https://forms.gle/eyj1GjCRNCqB9Rkm7