NOTIS KERJA-KERJA UNDI BAGI JPS DAERAH ALOR GAJAH BIL. 01/2025 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI MELAKA
18 Jul 2025 • Pengumuman
SILA RUJUK FACEBOOK JPS MELAKA UNTUK QR CODE PENDAFTARAN KONTRAKTOR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE).
Senarai Pemilik Yang Layak dan Telah Disenarai Pendek Dipamerkan Di Facebook Jabatan pada 25 Julai 2025 (Jumaat) – 10.00 pagi. Proses Undian Berlangsung di Dewan Zamrud Aras 2, Pejabat Tanah dan Galian Melaka pada 30 Julai 2025 (Rabu) – 10.00 Pagi. Tawaran Kerja Undi adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor GRED G1 (Syarikat Kontraktor Bumiputera yang beralamat di dalam DAERAH ALOR GAJAH sahaja) yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred: G1, Kategori CE, Pengkhususan: CE21 *Sebarang Urusan Pengecualian Dan Kebenaran Khas Daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN. *Syarikat Yang Telah/Sedang Mempunyai Kerja Pada Tahun Semasa Dengan JPS Melaka Adalah TIDAK LAYAK Untuk Menyertai Tawaran Ini. *Sekiranya Tempoh Sah Laku Kurang Daripada DUA (2) Bulan, Surat Permohonan Pembaharuan Kepada CIDB Hendaklah Disertakan. *Pendaftaran Akan Ditolak Serta Merta Sekiranya Pendaftaran Yang Dibuat Secara Atas Talian (Online) Adalah Berganda ( Melebihi 1 Pendaftaran). Kontraktor yang ingin menyertai kerja undi DIWAJIBKAN untuk membuat PENDAFTARAN KONTRAKTOR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE). Hanya kontraktor-kontraktor yang berdaftar secara atas talian sahaja layak mengambil bahagian dalam kerja undi ini. Kontraktor yang berminat dan layak memasuki kerja undi adalah dikehendaki mendaftar melalui pautan GOOGLE FORM seperti yang disediakan bermula pada tarikh 21 Julai 2025(Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 22 Julai 2025(Selasa) jam 4.00 petang. Kontraktor hanya perlu melengkapkan maklumat secara atas talian dan tidak perlu hadir ke Pejabat JPS. CABUTAN KERJA UNDI akan diadakan pada tarikh 30 Julai 2025 (Rabu) jam 10.00 pagi. Sesi pendaftaran adalah dibuka pada jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi sahaja. Sebarang alasan kelewatan oleh pihak syarikat selepas jam 9.30 pagi adalah tidak dilayan. Hanya pemilik lesen yang sah dan pemilik yang telah disenarai pendek sahaja layak menyertai cabutan undi. Senarai pendek pemilik yang layak menyertai cabutan undi akan dipamerkan di Facebook (FB) Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka pada 25 Julai 2025 (Jumaat). Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami Pn. Mariani binti Ahmad ( 019-6816496) dan Pn. Siti Marhamah binti Aman( 019-6257597). LINK PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) : https://docs.google.com/forms/d/1QTB9dO-9hbRW6XUTEEQH4DihCbhPZRNFMXw0G_ggSe8/edit?usp=drivesdk