Saturday, 27 April 2024

FAQ : Kontraktor

Sila layari Sistem Tender Online Melaka dan klik pada Daftar Syarikat. Pihak syarikat perlu mengemukakan alamat e-mel yang sah untuk pendaftaran. Sila rujuk menu Pendaftaran Pembekal di PANDUAN PENGGUNA untuk langkah-langkah terperinci bagi pendaftaran syarikat.

Pendaftaran syarikat tidak dikenakan yuran. Namun syarikat dikenakan yuran langganan tahunan berjumlah RM 50.00 untuk membolehkan pembelian dokumen sebut harga/ tender melalui STOM.

Pendaftaran tidak perlu diperbaharui. Namun, yuran langganan hanya sah dalam tempoh setahun dari tarikh pembayaran.

Setelah tamat tempoh langganan, pembaharuan yuran langganan perlu dibuat untuk membolehkan pembelian dokumen sebut harga/ tender.

Syarikat boleh mendaftar tanpa membuat pembayaran yuran Langganan. Namun syarikat anda tidak boleh membuat pembelian dokumen sebut harga/ tender yang disiarkan.

Pembayaran Langganan Kali Pertama

Pembaharuan Langganan

Pembayaran/ Pembaharuan Langganan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka (MelakaPay) yang menggunakan perkhidmatan FPX.

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.

Pilih pakej Langganan dan pilih Gerbang Pembayaran, sama ada Individu atau Korporat untuk meneruskan pembayaran melalui MelakaPay.

Sila masukkan nombor kad pengenalan yang telah berdaftar dengan MelakaPay.

Sekiranya belum pernah mendaftar di MelakaPay, STOM akan terus menghubungkan anda ke halaman pendaftaran MelakaPay. Sila lengkapkan maklumat pendaftaran MelakaPay untuk meneruskan pembayaran.

Sila rujuk menu Langganan Akaun di PANDUAN PENGGUNA untuk langkah-langkah terperinci.

Sila layari Sistem Tender Online Melaka untuk mendapatkan maklumat iklan sebut harga/ tender yang disiarkan. Sekiranya syarikat anda telah berdaftar dengan STOM dan pendaftaran telah diluluskan, sistem akan menghantar e-mel pemakluman bagi kelayakan menyertai sebut harga/ tender jika syarat-syarat sebut harga/ tender tersebut sepadan dengan kelayakan syarikat.

Syarikat anda mungkin tidak mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan untuk membeli sebut harga/ tender tersebut. Sila rujuk syarat-syarat sebut harga/ tender dan semak maklumat terkini syarikat anda. Sila rujuk menu Permintaan Kemaskini di PANDUAN PENGGUNA untuk langkah-langkah terperinci bagi mengemaskini maklumat syarikat.

Berikut merupakan senarai kemungkinan yang menyebabkan butang "Tambah Ke Senarai Tempahan" tidak dipaparkan:

a) Kod Bidang MOF atau Gred CIDB atau Bidang Pengkhususan CIDB tidak sepadan.

b) Tarikh sah Sijil MOF atau CIDB telah tamat sebelum tarikh yang ditetapkan oleh agensi. (Kebanyakan agensi menetapkan tarikh sah perlulah melebihi 3 bulan selepas tarikh iklan sebut harga/tender).

c) Tiada rekod pendaftaran sebagai pembekal/kontraktor di jabatan/agensi (MPJ/ MPAG).

  • Sila hubungi jabatan/ agensi berkenaan untuk keterangan lanjut.

c) Maklumat Daerah/Negeri pendaftaran CIDB tidak dikemaskini (untuk sebut harga/ tender yang memerlukan CIDB).

  • Sila klik 'Permintaan Kemaskini' -> 'Kemaskini Baru' -> 'Kelayakan'

d) Sebut harga/ tender belum lagi dibuka untuk penjualan.

  • Sila rujuk tarikh dan masa sedia sebut harga/ tender

e) Maklumat kehadiran ke taklimat/ lawatan tapak BELUM dikemaskini .

  • Kehadiran ke taklimat/ lawatan tapak hanya boleh dikemaskini oleh agensi. Sila hubungi agensi tersebut untuk sebarang permasalahan.

f) Dokumen sebut harga/ tender tersebut telah pun dibeli oleh syarikat anda.

  • Sila rujuk kotak Pembelian di dashboard anda.

g) Terdapat dokumen yang masih berada di dalam “Senarai Tempahan” yang belum dibayar.

  • Syarikat hanya boleh membuat pembayaran bagi 1 dokumen sebut harga/ tender sahaja dalam satu masa. Ini kerana agensi di STOM menerima pembayaran melalui akaun yang berlainan. Oleh yang demikian, pihak syarikat perlu menyelesaikan bayaran bagi dokumen sebut harga/ tender tersebut sebelum boleh membeli dokumen lain.

h) Syarikat belum membayar yuran Langganan atau tempoh Langganan telah tamat.

  • Sila bayar/ perbaharui yuran langganan anda.
Pembayaran bagi pembelian sebut harga/ tender hanya boleh dibuat secara online iaitu melalui Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka (MelakaPay) yang menggunakan perkhidmatan FPX. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Selepas anda menambah ke senarai tempahan, akan terpapar nama dan harga sebut harga/ tender yang telah dipilih. Klik butang “CHECKOUT” dan pilih Gerbang Pembayaran, sama ada Individu atau Korporat untuk meneruskan pembayaran secara online melalui sistem MelakaPay. Sila masukkan nombor kad pengenalan yang telah berdaftar dengan MelakaPay. Sekiranya belum pernah mendaftar di MelakaPay, STOM akan terus menghubungkan anda ke halaman pendaftaran MelakaPay. Sila lengkapkan maklumat pendaftaran MelakaPay untuk meneruskan pembayaran. Sila rujuk menu Pembelian Notis di PANDUAN PENGGUNA untuk langkah-langkah terperinci.

Pembayaran Langganan / Pembaharuan Langganan:

Sila semak status di menu "Langganan" yang terdapat di dalam menu Maklumat Syarikat. Sekiranya pembayaran langganan kali pertama telah berjaya, status adalah “Aktif”.

Pembelian Dokumen:

Sila rujuk kotak Pembelian di dashboard anda untuk melihat semua pembelian yang telah berjaya. Sekiranya pembayaran telah berjaya, terdapat butang “CETAKAN COVER SERAHAN”. Manakala dokumen yang telah berjaya dibeli boleh dimuat turun di menu Fail. Klik icon “Kertas” atau nama sebut harga/ tender yang berkenaan.

Sekiranya anda pasti pembayaran telah dibuat dan akaun anda telah ditolak tetapi dokumen yang dibeli tidak tersenarai, sila hubungi kami melalui e-mel stom_admin@melaka.gov.my dengan menyatakan nama syarikat, tarikh dan no.transaksi serta bukti pembayaran tersebut untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Pentadbir/ Agensi.