Monday, 17 November 2025

PELAKSANAAN CABUTAN UNDI BIL.4/2025 MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
03 Nov 2025 • Pengumuman

Dimaklumkan bahawa sesi undian bagi projek-projek di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan dilaksanakan.

Kandungan* Tarikh : 11 November 2025 (Selasa) Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi (Pendaftaran) 10.15 pagi (Cabutan Undi) Lokasi : Pentas Utama Aras G, Kompleks Melaka Mall, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Kontraktor yang telah berjaya dalam sesi cabutan Undi Bil.1/2025, sesi cabutan Undi Bil.2/2025 dan Bil.3/2025 adalah tidak layak menyertai sesi cabutan undi. Sesi pendaftaran adalah dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi sahaja. Sebarang alasan kelewatan oleh pihak syarikat selepas jam 10.00 pagi adalah tidak dilayan. Sesi undian akan dimulakan pada jam 10.15 pagi. Kerja undi adalah dipelawa kepada syarikat Bumiputera yang mempunyai Sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sijil Kontraktor Kerja Bertaraf Bertaraf Bumiputera dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan [ LPIPM (CIDB) ] dalam Kategori dan Pengkhususan yang ditetapkan. Kontraktor-kontraktor yang berminat perlu memenuhi serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :- 1. Kontraktor Gred G1 dan berdaftar dengan CIDB di bawah kategori CE, (Pengkhususan CE01 (pembinaan jalan dan pavement) dan CE21 (kerja-kerja am kejuruteraan awam) dan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera yang sah. 2. Kontraktor hendaklah berdaftar dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Hanya beralamat dalam Kawasan Dun Bukit Katil, Dun Ayer Keroh, Dun Pengkalan Batu, Dun Kesidang, Dun Durian Tunggal dan Dun Bemban sahaja. 3. Tempoh sah laku sijil-sijil atau dokumen pendaftaran hendaklah sah semasa tarikh undian. 4. Hanya pemilik lesen yang sah sahaja dibenarkan untuk menyertai sesi cabutan undi. 5. Tidak disenarai hitam atau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak CIDB atau Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. 6. Kontraktor berjaya akan dihubungi selepas proses pengundian selesai dijalankan. 7. Kebenaran Khas tidak dibenarkan bagi pelaksaan Cabutan Undi Bil 4/2025. 8. Kontraktor yang telah berjaya dalam sesi cabutan undi Bil.1/2025, Bil.2/2025 dan Bil.3/2025 tidak layak menyertai sesi cabutan undi.